Lebih banyak COE bagi kereta dari Feb hingga Apr

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lebih banyak COE bagi kereta dari Feb hingga Apr

Jan 14, 2016 | 2:00 PM

Lebih banyak COE bagi kereta dari Feb hingga Apr

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
-

AKAN terdapat 8,403 Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) setiap bulan dari bulan Februari hingga April, bertambah 16.4 peratus daripada 7,214 sebulan pada suku lalu.

Pembeli dalam kategori kereta kecil (hingga 1,600cc dan 130bhp) akan mempunyai 22.5 peratus lebih COE - 4,057 setiap bulan, meningkat daripada 3,313.

Jumlah COE bagi kategori Terbuka juga bertambah dengan ketara. COE kategori ini boleh digunakan bagi sebarang jenis kenderaan tetapi biasanya digunakan oleh pembeli kereta mewah.

Kuota bulanan dalam kategori ini akan meningkat 23.9 peratus kepada 892, daripada 720.

COE bagi kategori kereta mewah (lebih 1,600 cc atau 130bhp) juga akan meningkat, sebanyak 18 peratus daripada 2,049 kepada 2419 setiap bulan, manakala jumlah bagi motosikal akan bertambah kira-kira 9 peratus kepada 713 sebulan.

Harga COE kenderaan komersial bagaimanapun mungkin meningkat dalam sesi bidaan akan datang memandangkan jumlah COE kategori itu kurang dengan banyak mulai bulan depan.

Kuota bulanannya berkurangan 32.6 peratus daripada 481 kepada 324.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg