Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lebih banyak dana bagi mualaf di bawah perjanjian baru Muis, Darul Arqam

Feb 5, 2022 | 5:30 AM
SOKONGAN BERTERUSAN BAGI MUALAF: (Dari kiri) Pengurus Besar Darul Arqam Cik Norsiah Saad; presiden Darul Arqam; Encik Muhammad Imran Kuna; Ketua Eksekutif Muis Encik Kadir Maiden; dan Timbalan Mufti, Ustaz Mohd Murat Md Aris; di majlis pemeteraian perjanjian kerjasama antara Muis dan Darul Arqam Singapura. - Foto MUIS
SOKONGAN BERTERUSAN BAGI MUALAF: (Dari kiri) Pengurus Besar Darul Arqam Cik Norsiah Saad; presiden Darul Arqam; Encik Muhammad Imran Kuna; Ketua Eksekutif Muis Encik Kadir Maiden; dan Timbalan Mufti, Ustaz Mohd Murat Md Aris; di majlis pemeteraian perjanjian kerjasama antara Muis dan Darul Arqam Singapura. - Foto MUIS -

MAJLIS Ugama Islam Singapura (Muis) dan Darul Arqam Singapura memeterai satu perjanjian kerjasama bagi membantu saudara baru Islam semalam.

Perjanjian itu adalah bagi tiga tahun, dari tahun ini hingga 2024, menurut satu kenyataan Muis.

Di bawah perjanjian itu, sekitar $1.5 juta akan diberi kepada Darul Arqam untuk membantu golongan mualaf di Singapura.

Dengan kerjasama berterusan itu, mualaf baru boleh berasa lebih yakin akan sokongan kukuh yang disediakan untuk mereka.

Majlis pemeteraian perjanjian itu dihadiri Pengurus Besar Darul Arqam, Cik Norsiah Saad; presiden Darul Arqam, Encik Muhammad Imran Kuna; Ketua Eksekutif Muis, Encik Kadir Maiden, dan Timbalan Mufti, Ustaz Mohd Murat Md Aris.

Muis melantik Darul Arqam sebagai pusat perkhidmatan bagi mualaf sejak September 2005.

Perkhidmatan itu termasuk pendaftaran mualaf dan program sokongan serta pendidikan.

Darul Arqam akan terus menyediakan perkhidmatan dan bantuan itu hingga Disember 2024.

Persatuan itu akan menerima geran tahunan $505,200 sepanjang tiga tahun itu, berbanding $375,400 dari 2018 hingga 2021.

Dengan geran itu, Darul Arqam akan mempunyai lebih banyak sumber untuk mualaf, termasuk dana dan kempen lain yang Darul Arqam anjurkan.

Ini juga merupakan sebahagian daripada tanggungjawab Muis dan Darul Arqam untuk memastikan golongan mualaf disokong dengan baik, dan kebajikan mereka dijaga.

Di samping geran itu, Muis akan terus menghulurkan bantuan kepada Darul Arqam menerusi projek lain yang dapat menyediakan sokongan lebih menyeluruh bagi menyokong mualaf baru di Singapura.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg