Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lebih banyak kanabis dirampas, penyalahguna dadah muda diberkas pada 2022: CNB

Feb 15, 2023 | 5:12 PM
Foto CNB
Foto CNB -

BIRO Narkotik Pusat (CNB) mendapati wujudnya trend membimbangkan tentang peningkatan rampasan kanabis dan penyalah guna dadah baru berumur di bawah 30 tahun.

Walaupun methamphetamin yang dirujuk sebagai dadah 'Ice' terus menjadi salah satu dadah yang paling kerap disalahgunakan, penggunaan kanabis telah meningkat, kata CNB pada Rabu dalam laporan statistik tahunannya bagi 2022.

Terdapat peningkatan 71 peratus dalam bilangan penyalahguna kanabis yang ditangkap - daripada 138 pada 2021 kepada 236 pada 2022.

Kemerosotan sebanyak 9.4 peratus pula didapati dalam bilangan penyalahguna methamphetamin yang ditangkap pada 2022.

Secara keseluruhan, 1,445 pengguna Ice telah ditangkap berbanding 1,595 yang menyalahgunakannya pada 2021.

Ramai daripada penyalahguna kanabis muda ini adalah penyalahguna dadah yang baru.

CNB berkata daripada penyalahguna ganja baru yang ditangkap pada 2022, 70 peratus berusia di bawah umur 30 tahun, termasuk seorang daripada mereka yang berumur 14 tahun.

Sambil menyifatkan penemuan sebegini sebagai trend yang membimbangkan, CNB berkata hampir dua daripada tiga (61 peratus) pengguna kanabis berumur di bawah 30 tahun.

Trend itu berlaku di tengah-tengah peralihan global mengenai sikap terhadap dadah, yang telah menyaksikan pembebasan dasar dalam perihal narkotik di beberapa negara termasuk Thailand.

CNB berkata bahawa penyalahgunaan kanabis adalah masalah di serata dunia. Ia juga meerupakan ubatan yang paling banyak digunakan di seluruh dunia.

Angka yang dikeluarkan pada Rabu menunjukkan bahawa jumlah keseluruhan penyalahguna dadah yang ditangkap pada 2022 telah meningkat sebanyak 3 peratus kepada 2,812, daripada 2,729 yang ditahan pada 2021.

Tetapi rampasan dadah kekal tinggi apabila sindiket edar dadah menyesuaikan keadaan semasa tempoh wabak dan menemui cara baru untuk membawa dadah ke Singapura.

Angka itu menunjukkan lonjakan ketara dalam ganja yang dirampas pada 2022 - daripada 107.08kg pada 2021 kepada 133.25kg pada 2022.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg