LEBIH banyak penerbangan syarikat SilkAir akan dipindahkan secara progresif kepada syarikat penerbangan, Singapora Airlines (SIA).
Usaha menyepadukan SilkAir ke dalam SIA dijadualkan selesai pada tahun kewangan 2021/2022, menurut satu kenyataan semalam.
Kenyataan SIA berkata sembilan pesawat 737-800 NG dari SilkAir akan menyertai bekalan pesawat SIA.
Jelas kenyataan itu, SIA akan mengendalikan pesawat tersebut bagi penerbangan ke Phuket, mulai 4 Mac 2021.
Langkah terkini juga akan membolehkan SIA untuk mengendalikan pesawat itu ke destinasi dalam rangkaiannya sekarang, yang bermula dari Brunei mulai Mac nanti.
Penerbangan ke kededua destinasi itu akan bergantung kepada kelulusan pihak berkuasa, ujar kenyataan itu.
Pesawat yang akan dikendalikan SIA nanti akan mempunyai 12 tempat duduk Kelas Bisnes, dan 150 tempat duduk Kelas Ekonomi.
Tambah kenyataan itu, pelanggan boleh menjangkakan kemudahan dalam penerbangan SIA yang pernah merangkul anugerah.
Ini seperti khidmat bertaraf dunia oleh kru kabin, pilihan makanan dan minuman yang luas serta hiburan, menerusi wadah berdasarkan web.
"Pengenalan SIA 737-800 NG akan menawarkan pengalaman bergerak yang selesa dan lancar untuk pelanggan bagi laluan serantau.
"Dengan menyepadukan SilkAir dengan SIA juga akan membolehkan kami menjadi fleksikal dalam pengerahan pesawat serta menyokong pesawat dan strategi pertumbuhan rangkaian kami," jelas Encik Goh Choon Phong, Ketua Pegawai Eksekutif, Singapore Airlines.
Awal bulan ini, telah mengumpul AS$500 juta ($663 juta) dalam penawaran bon dalam mata wang dolar Amerika Syarikat pertamanya, dengan permintaan muktamad mencapai lebih AS$2.85 bilion, kata syarikat itu semalam.
Permintaan tinggi bagi bon itu didorong pelabur institusi bermutu tinggi, yang termasuk pengurus aset wang nyata.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg