Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lebih banyak perkahwinan tahun lalu, hampir suku daripadanya kahwin campur

Jul 10, 2018 | 1:07 PM
PERANGKAAN PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN: Pejabat Pendaftaran Pernikahan Sivil dan Pejabat Pendaftaran Pernikahan Orang islam di Canning Rise. Jumlah perkahwinan antara kaum naik kepada 22.1 peratus daripada semua perkahwinan yang didaftarkan tahun lalu.
PERANGKAAN PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN: Pejabat Pendaftaran Pernikahan Sivil dan Pejabat Pendaftaran Pernikahan Orang islam di Canning Rise. Jumlah perkahwinan antara kaum naik kepada 22.1 peratus daripada semua perkahwinan yang didaftarkan tahun lalu. - Foto FAIL THE NEW PAPER

LEBIH ramai orang naik pelamin tahun lalu, dengan pasangan yang kahwin campur membentuk hampir suku daripada 28,212 perkahwinan yang didaftar.

Tahun lalu, 22.1 peratus daripada perkahwinan yang didaftarkan merupakan perkahwinan antara kaum, menurut Perangkaan Perkahwinan dan Perceraian 2017 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Singapura hari ini (10 Julai).

Ini juga merupakan satu trend yang meningkat, berbanding 16.4 peratus pada 2007.

Dalam pada itu, jumlah pasangan yang bercerai berkurangan tahun lalu berbanding 2016.

Sebanyak 7,578 mahligai yang dibina musnah, turun 0.5 peratus berbanding 7,614 perceraian yang berlaku pada 2016.

Menurut perangkaan itu, ini disebabkan jumlah perceraian oleh pasangan Islam yang berkurangan, yang lebih daripada mengimbangi kenaikan jumlah perceraian sivil.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg