Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lebih banyak perniagaan dibenar sambung semula operasi dari 2 Jun, perlu patuh langkah keselamatan

May 19, 2020 | 8:51 PM
JALAN RAYA SEPI: Sedang orang ramai bekerja dari rumah, Shenton Way, kawasan laluan utama di pusat bandar juga sepi dari kesesakan lalu lintas.
JALAN RAYA SEPI: Sedang orang ramai bekerja dari rumah, Shenton Way, kawasan laluan utama di pusat bandar juga sepi dari kesesakan lalu lintas. - THE STRAITS TIMES

LEBIH banyak perniagaan akan dibenar menyambung semula operasi secara bertahap bermula 2 Jun, sedang Singapura melonggarkan sekatan yang dikenakan bagi mengekang penularan Covid-19.

Bagi permulaan, perniagaan yang beroperasi dalam sekitaran yang dianggap menanggungi risiko jangkitan lebih rendah boleh menyambung semula operasi, kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing pada Selasa (19 mei).

Ini termasuk bahagian perkilangan dan penghasilan dalam sektor penerbangan, semikonduktor dan teknologi perubatang, serta perdagangan borong dan kewangan.

Kedai runcit dan makan di kedai masih tidak dibenarkan.

Namun, beberapa perhidmatan pelanggan yang terhad akan dibenar beroperasi semula pada 2 Jun. Ini termasuk kedai gunting rambut dan salun rambut, yang kini dibenar menawarkan perkhidmatan lengkap, serta bengkel kereta, khidmat penyenggaraan, penghawa dingin dan khidmat haiwan peliharaan asas.

Semua perniagaan ini perlu memastikan langkah kesihatan dan keselamatan, seperti waktu kerja bergilir-gilir dan jarak selamat dipatuhi.

Menurut Encik Chan, sepertiga tenaga kerja di Singapura dijangka memulakan semula bekerja di tempat kerja dari 2 Jun, dengan bakinya bekerja dari rumah.

"Ini membenarkan lebih tiga suku ekonomi menyambung semula operasi seperti sedia kala," kata beliau.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg