Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lebih banyak ruang, pembelajaran seni berkualiti disediakan

Mar 7, 2023 | 5:30 AM
Presiden Romania, Encik Klaus Werner Iohannis
Presiden Romania, Encik Klaus Werner Iohannis - AFP

PELAJAR boleh mendapatkan akses yang lebih baik kepada pengalaman pembelajaran seni, seperti program Pembelajaran Berasaskan Muzium, manakala rakyat Singapura pula boleh menikmati lebih banyak ruang seni yang pelbagai tidak lama lagi.

Ini adalah antara inisiatif di bawah Pelan Seni SG Kita, atau Our SG Arts Plan, bagi lima tahun mendatang dari 2023 hingga 2027. Pelan itu mengetengahkan keutamaan Majlis Seni Kebangsaan (NAC) untuk membawa perkembangan seni negara ini ke tahap baru.

Menteri Negara (Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Perdagangan dan Perusahaan), Cik Low Yen Ling, semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan bagi Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) di Parlimen pada Isnin berkata pelan itu, yang kali pertama dilancarkan pada 2018, sedang menjalani pembaharuan sebagai respons kepada cabaran dalam persekitaran pasca-Covid-19.

"Kami akan memanfaatkan teknologi dan penggunaan data dengan lebih baik untuk memangkinkan kemungkinan baru bagi pengamal dan badan-badan seni serta rakyat Singapura.

"Kami akan memperluaskan asas rakan kongsi kami sedang MCCY bekerja rapat dengan sektor seni dan budaya untuk membentuk suasana seni dan budaya yang cerah dan menarik," kata beliau.

Di bawah pelan itu, NAC menyasar untuk membangunkan masyarakat terhubung melalui seni.

Antaranya, ia akan memperbanyakkan tempat bagi seni dengan menawarkan lebih banyak kegiatan seni di taman, ruang masyarakat dan gaya hidup yang sedia ada.

Contohnya, kawasan Kampong Java akan dijadikan tempat para artis daripada pelbagai disiplin, menguji idea, mengalami dan membangunkan karya bentuk seni mereka.

Pelan itu juga bertujuan membangunkan Singapura menjadi sebuah bandar yang mempunyai ruang dan kawasan yang boleh diakses untuk rakyat menikmati seni.

Bagi tujuan itu, NAC telah memulakan sebuah kajian untuk memetakan infrastruktur seni yang sedia ada di sini.

"Usaha berterusan ini akan menyatukan agensi pemerintah dan pihak berkepentingan swasta untuk mengembangkan kawasan yang bertenaga," kata beliau.

Cik Low menambah, NAC juga menyasar untuk membangunkan ekonomi kreatif yang berkembang pesat dan terhubung di peringkat global bagi bidang seni melalui model perniagaan baru, laluan pembangunan dan peluang penyejagatan.

Dari segi inovasi digital, Cik Low berkata NAC akan memperkenalkan beberapa inisiatif seperti melancarkan versi beta platform digital sehenti bagi orang ramai mencari dan menempah acara seni dan budaya pada bulan ini.

NAC juga akan membentuk Perikatan untuk Bertindak bagi Projek Seni Metaverse pada 2023 untuk mewujudkan bersama huraian digital bersama pihak berkepentingan untuk pelbagai kemungkinan baru.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg