Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lebih banyak sokongan bagi masyarakat Melayu dalam usaha mencari kerja

Oct 11, 2020 | 5:12 PM
(dari kiri) Encik Azriman Mansor dari M³@Marsiling-Yew Tee; anggota Pasukan Bertindak Bidang Tumpuan Empat mengenai Pekerjaan dan Daya Kerja M³ dan AP GRC Sembawang, Cik Mariam Jaafar; Pengarah Eksekutif Mendaki Sense, Encik Faiz Selamat; Encik Zaqy Mohamad; dan Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East dan anggota Pasukan Bertindak Bidang Tumpuan Empat mengenai Pekerjaan dan Daya Kerja M³, Encik Mohd Fahmi Aliman.
(dari kiri) Encik Azriman Mansor dari M³@Marsiling-Yew Tee; anggota Pasukan Bertindak Bidang Tumpuan Empat mengenai Pekerjaan dan Daya Kerja M³ dan AP GRC Sembawang, Cik Mariam Jaafar; Pengarah Eksekutif Mendaki Sense, Encik Faiz Selamat; Encik Zaqy Mohamad; dan Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East dan anggota Pasukan Bertindak Bidang Tumpuan Empat mengenai Pekerjaan dan Daya Kerja M³, Encik Mohd Fahmi Aliman. -

MASYARAKAT Melayu/Islam Singapura boleh mendapatkan lebih banyak sokongan dalam usaha mencari pekerjaan, peluang meningkatkan kemahiran dan pembangunan kerjaya serta profesional di bawah satu pelan M Kuasa Tiga (M3).

Ini selepas M3 melancarkan bidang tumpuan keempat mereka hari ini (11 Oct), iaitu pekerjaan dan daya kerja, dalam usaha membantu dan mempersiap tenaga kerja Melayu/Islam merebut peluang di tengah-tengah landskap Covid-19 ini dan pasca-pandemik.

Di bawah bidang tumpuan keempat itu, masyarakat akan disediakan sokongan dari segi peluang pekerjaan, peningkatan kemahiran, mobiliti kerjaya dan pembangunan profesional menerusi satu projek utama dipanggil Jump.

Bidang tumpuan keempat itu diterajui Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad.

Encik Zaqy berkata usaha itu akan menggembleng tenaga dan sumber daripada pelbagai pihak untuk membantu masyarakat memanfaatkan program dan skim nasional, dan mengadakan program khusus untuk masyarakat Melayu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg