Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lebih banyak sokongan untuk keluarga sewa rumah, biaya yuran prasekolah

Feb 16, 2024 | 5:07 PM
Pemerintah akan menyediakan bantuan tambahan untuk keluarga seperti Baucar Skim Perumahan Sementara Keibubapaan (Pasaran Terbuka) dan mengurangkan had yuran bulanan prasekolah dan pengendali utama yang disokong pemerintah.
Pemerintah akan menyediakan bantuan tambahan untuk keluarga seperti Baucar Skim Perumahan Sementara Keibubapaan (Pasaran Terbuka) dan mengurangkan had yuran bulanan prasekolah dan pengendali utama yang disokong pemerintah. - Foto MOF

Keluarga yang layak dan memerlukan perumahan sementara menantikan flat Bina Ikut Tempahan (BTO) mereka siap, akan menerima Baucar Skim Perumahan Sementara Keibubapaan (Pasaran Terbuka) selama setahun.

Ini akan membantu mereka menyewa flat dalam pasaran terbuka, kata Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, dalam Belanjawan 2024 di Parlimen pada 16 Februari.

Ini adalah antara inisiatif berhubung dengan sokongan tambahan dari segi perumahan, penjagaan kanak-kanak dan pendidikan oleh pemerintah.

Di samping itu, mulai 2025, had yuran bulanan untuk penjagaan anak selama sehari di prasekolah yang disokong oleh pemerintah juga akan dikurangkan ke $640 untuk pengendali utama dan $680 untuk pengendali rakan kongsi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg