Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lebih banyak usaha M³ bantu keluarga semasa COS nanti: Dr Maliki

Feb 6, 2021 | 5:54 PM
Dr Maliki bersama para sukarelawan di M3@Tampines.
Dr Maliki bersama para sukarelawan di M3@Tampines. - Facebook Dr Maliki Osman

Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman berkata beliau akan berkongsi lebih banyak usaha di bawah rangkaian M³@Bandar untuk mendekati lebih ramai keluarga dan kanak-kanak dalam Perbahasan Jawatankusa Perbekalan (COS) di Parlimen lewat bulan ini.

Dr Maliki turut melahirkan rasa besar hati dengan sumbangan dan peranan dimainkan oleh lebih ramai karyawan muda dalam menyumbang tenaga sebagai sukarelawan M³.

Menjelaskan lebih lanjut dalam satu catatan Facebook baru-baru ini, Dr Maliki yang juga Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar) berkata:

"Dalam COS yang akan datang, saya akan berkongsi lebih lanjut bagaimana M³ dapat meningkatkan usaha untuk menjangkaui dan mendekati keluarga-keluarga dan kanak-kanak yang memerlukan."

Berkongsi pemerhatian sejauh ini, Dr Maliki berkata ramai karyawan, pemimpin masyarakat dan belia telah tampil ke hadapan untuk membantu dan mempertingkatkan kehidupan masyarakat Melayu/Islam, sejak pembentukan rangkaian M³@Bandar pada 2018.

"Saya teruja dapat bertemu dengan para relawan dan pegawai dari beberapa M³@Bandar baru-baru ini. "Mereka berkongsi harapan mereka untuk masyarakat kita dan mengetengahkan beberapa isu yang sedang membelenggu fikiran para penduduk kita.

"Sesi-sesi ini penting kerana ia memberikan kita peluang untuk mempertingkatkan usaha kita dan memastikan para penduduk mendapatkan akses kepada perkhidmatan dan bantuan yang mereka memerlukan," ujar beliau.

Lantaran itu, Dr Maliki mengajak para karyawan dan anggota masyarakat am turut sama tampil ke hadapan dan berganding bahu bersama M³ untuk meningkatkan prestasi masyarakat Melayu/Islam.

Beliau juga memuji usaha yang dijalankan oleh Majlis Jawatankusa Eksekutif Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra), Mendaki Singapura, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) serta badan-badan Melayu/Islam yang telah menyingsing lengan untuk mendekati masyarakat.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg