Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lebih mudah, murah bagi syarikat S'pura berniaga di rantau ini dengan RCEP: Chan Chun Sing

Nov 15, 2020 | 6:06 PM
Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Chan Chun Sing (kanan), bersama Perdana Menteri Lee Hsien Loong, bergambar dengan dokumen selepas majlis pemeteraian RCEP pada 15 November.
Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Chan Chun Sing (kanan), bersama Perdana Menteri Lee Hsien Loong, bergambar dengan dokumen selepas majlis pemeteraian RCEP pada 15 November. - Kementerian Perhubungan dan Penerangan

Syarikat-syarikat tidak lama lagi akan mendapati urusan berniaga di rantau ini lebih mudah dan murah apabila perjanjian perdagangan bebas baru yang meliputi seluruh rantau berkuat kuasa nanti, kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Chan Chun Sing.

Bercakap kepada media selepas pemeteraian perjanjian Kerjasama Ekonomi Menyeluruh Serantau (RCEP), Encik Chan berkata perjanjian itu akan menyediakan perniagaan dengan perlindungan harta intelektual lebih baik dan membolehkan mereka menyepadukan pengeluaran mereka di negara yang terlibat, sekali gus menjimatkan kos dan masa.

"Kami menjangkakan negara-negara RCEP akan menawarkan diri sebagai pasaran bersepadu untuk pelaburan, khususnya pada satu masa bila rantai bekalan global dan rantai pengeluaran global dirombak semula kerana teknologi dan geopolitik," ujar Encik Chan.

Kata beliau, para pengguna juga akan melihat manfaatnya dengan pilihan rangkaian produk lebih berdaya saing serta penjimatan kos setelah tarif ke atas kebanyakan barangan didagangkan telah dimansuhkan.

Perjanjian perdagangan terbesar di dunia itu telah ditandatangani oleh pemimpin dari 15 negara, termasuk Singapura.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg