LEBIH ramai warga Singapura yang mengalami demensia awal dan jumlah tersebut dijangka naik dengan kesedaran yang lebih tinggi di kalangan masyarakat dan juga pakar perubatan. Demikian menurut Institut Neurosains Nasional (NNI) yang mengeluarkan data menunjukkan jumlah pesakit dengan demensia awal yang dilihat di pusat nasional yang merawat penyakit itu adalah sebanyak 245 tahun lalu, lebih tinggi berbanding 228 pada 2018, 184 pada 2017 dan 60 pada 2013. Demensia awal biasanya dialami antara usia 35 dan 65 tahun. Menurut The Straits Times, peningkatan jumlah pesakit yang mengalami demensia awal ini mungkin juga disebabkan oleh faktor risiko vaskular yang lebih tinggi seperti penyakit darah tinggi dan kencing manis.
Konsultan kanan jabatan neurologi NNI, Profesor Madya Nagaendran Kandiah berkata: "Penyakit darah tinggi yang tidak dikawal pada usia pertengahan meningkatkan risiko demensia vaskular, yang boleh menyerang individu yang berusia sekitar 40 hingga 50 tahun."


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg