SEORANG remaja yang diberkas kerana merusuh dengan rakan-rakan anggota kumpulan pada mulanya enggan memberi maklumat mengenai kejadian itu semasa ditemu bual pihak polis.

Tetapi selepas relawan Cik Nurul Shifa, 50 tahun, berbual dengannya mengenai hobinya, dia mula bersikap terbuka kepada Cik Shifa, yang ketika itu bersama seorang pegawai penyiasat (IO).

"Kami mempunyai lebih masa bersama, jadi saya bertanya kepadanya apakah jenis sukan yang disukai, lalu dijawab, 'saya suka bola sepak.' Selepas itu saya membalas bahawa terdapat banyak saluran yang anda boleh pergi (bermain)," kata penyelaras program itu di sebuah pertubuhan tidak mencari untung (NPO).

Beliau menasihatkan remaja berusia 14 tahun itu supaya mendaftar untuk latihan dan permainan.

Budak lelaki itu, yang telah digantung dari sekolah pada masa itu, menjadi lebih selesa semasa sesi temu bual berikutnya dan kemudian memberitahu IO, Staf Sarjan Kanan (SSG) Neo Qiao Yi, bahawa dia ingin kembali ke sekolah. Ini mendorong SSG Neo untuk menulis surat kepada sekolah remaja itu.

SSG Neo berkata:

"Kami tidak hanya menyiasat dan (mengambil tahu) fakta-fakta tetapi jika suspek seorang belia yang menunjukkan tanda-tanda bahawa mereka mahu menjadi orang yang lebih baik, sebagai sebahagian daripada menjadi IO, kita juga harus membantu membawa mereka ke landasan yang betul."

Sukarelawan seperti Cik Shifa dipanggil untuk memberi sokongan emosi kepada suspek di bawah umur 16 tahun semasa temu bual penguatkuasaan undang-undang seperti dengan pihak polis dan Biro Narkotik Pusat (CNB).

Skim sokongan itu dipanggil Skim Dewasa Sesuai bagi Suspek Muda (AAYS).

Sehingga Oktober 2022, terdapat 280 sukarelawan dewasa yang sesuai.

Cik Shifa menjadi sukarelawan skim itu sejak ia bermula pada 2017, berkata beliau menerima sekitar enam hingga tujuh kes sebulan secara purata.

Pesalah muda biasanya dikenakan hukuman probesen.

Laporan akhbar The Straits Times tahun lalu (ST), melaporkan bahawa sukarelawan di bawah skim itu telah diaktifkan sebanyak 2,082 kali dalam tahun kewangan antara April 2019 dengan Mac 2020; 2,048 kali pada tahun kewangan 2020; dan 1,180 kali dari April hingga September 2021.

Ia telah diumumkan di Parlimen pada Julai bahawa skim ini, yang diuruskan oleh Persatuan Kanak-kanak Singapura (SCS), akan diperluaskan untuk meliputi kanak-kanak berusia 16 dan 17 tahun secara berperingkat dari April 2023 dengan tujuan untuk melengkapkan pengembangan skim itu menjelang Oktober 2023.

Jurucakap Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) berkata dengan peluasan itu, lebih 700 orang berusia 16 dan 17 tahun dianggarkan dilindungi skim itu setiap tahun.

Penolong pengurus program sosial di SCS yang bertanggungjawab terhadap AAYS, Encik Taufiq Salehoodin, menganggarkan bahawa masyarakat perlu menggandakan bilangan sukarelawan untuk memenuhi keperluan ini.

Apabila ditanya bagaimana SCS bercadang menarik lebih ramai sukarelawan, atau jika ia akan menimbangkan untuk membayar relawan sesuai untuk bekerja sepenuh masa, beliau berkata: "Kami telah terus melibatkan sukarelawan dalam masyarakat untuk menyokong skim ini, dan ini mungkin kekal sedemikian."

SCS memasarkan mengenai peluang-peluang sukarelawan melalui laman dan wadah media sosial, dan mempunyai sekumpulan sukarelawan yang berpotensi yang akan dilatih pada November dan suku pertama 2023.

Sukarelawan mesti berumur 21 tahun ke atas.

Latihan tersebut merupakan sesi sehari walaupun ia akan terbuka kepada kumpulan relawan yang lebih tua, kata Encik Taufiq.

Ia melibatkan sukarelawan mengajar bagaimana untuk mengenal pasti tanda kesusahan dalam suspek muda seperti menerusi bahasa badan dan ekspresi muka dan mengetahui bila untuk campur tangan.

Sukarelawan juga dilatih untuk memudahkan komunikasi semasa temu duga penguatkuasaan undang-undang.

Cik Shifa, yang merupakan ibu kepada tiga anak remaja berusia antara 14 dengan 19 tahun, berkata beliau tidak pernah melihat seorang pegawai meninggikan suara, membaling kerusi atau menghentak meja seperti yang dilihat di rancangan televisyen.

"Tetapi saya pernah melihat suspek menangis dan ini bukan kerana mereka takut dengan polis. Namun, mungkin kerana mereka mempunyai kesedaran bahawa'saya telah membuat kesilapan. Bagaimana harus saya berdepan dengan ibu bapa saya?'."

Cik Shifa menggalak orang lain agar menjadi sukarelawan dan berkata: "(Belia) adalah generasi masa depan kita... Mereka mahu seseorang yang boleh memberi jaminan kepada mereka bahawa ia sebenarnya okey jika mereka membuat kesilapan. Anda belajar daripada kesilapan anda."

Sesiapa yang ingin menjadi sukarelawan dalam skim ini boleh menghantar e-mel kepada: aays@childrensociety.org.sg.