SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Lebih ramai wanita tidak berkahwin

Lebih ramai wanita tidak berkahwin

Sep 27, 2018 | 4:53 PM

Lebih ramai wanita tidak berkahwin

Golongan wanita warga Singapura perlu melahirkan 2.1 bayi setiap seorang untuk menggantikan penduduk Singapura baru tanpa imigresen.
Golongan wanita warga Singapura perlu melahirkan 2.1 bayi setiap seorang untuk menggantikan penduduk Singapura baru tanpa imigresen. -

LEBIH ramai wanita di semua peringkat umur tidak berkahwin jika dibandingkan dengan 10 tahun lalu, berdasarkan statistik penduduk yang dikeluarkan hari ini.

Peningkatan tersebut paling jelas dilihat di kalangan wanita berusia 25 hingga 29 tahun, di mana jumlah mereka yang tidak berkahwin meningkat kepada 68.1 tahun lalu berbanding 60.9 pada 2007.

Lebih ramai wanita yang lebih berusia juga masih tidak berkahwin.

Jumlah di kalangan wanita berusia 30 hingga 34 tahun meningkat 3.9 peratus kepada 32.8 peratus, manakala jumlah di kalangan wanita yang berusia 40 hingga 44 meningkat 3.8 peratus kepada 18.1 peratus.

Di kalangan lelaki pula, jumlah mereka yang berusia 25 hingga 29 tahun dan tidak berkahwin lebih ramai- 80.7 peratus tahun lalu berbanding 77.5 peratus 10 tahun lalu.

Angka-angka dalam Laporan Penduduk Tahunan tersebut didedahkan sementara kadar kesuburan secara keseluruhan Singapura dilaporkan berada di paras terendah dalam tempoh tujuh tahun sementara pendudukanya semakin tua.

Kadar kesuburan penduduk secara keseluruhan jatuh dari 1.20 pada 2016 kepada 1.16 tahun lalu.

Untuk menggantikan penduduk tanpa imigresen, para wanita perlu melahirkan 2.1 anak secara purata setiap seorang.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg