Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lebih separuh mahu buat sumbangan CPF

Nov 5, 2022 | 5:30 AM
Tengku Razaleigh Hamzah
Tengku Razaleigh Hamzah -

LEBIH separuh atau 51.2 peratus daripada pekerja penghantaran makanan ingin membuat sumbangan kepada Tabung Simpanan Pekerja (CPF).

Antara sebabnya ialah bagi tujuan melunaskan pinjaman perumahan dan menyimpan wang persaraan.

Namun, keprihatinan utama yang timbul dalam kalangan pekerja penghantaran makanan lain yang tidak mahukan sumbangan CPF adalah kerana ia akan mengurangkan dengan banyak pendapatan yang mereka raih menerusi penghantaran makanan.

Justeru, mekanisme perlu dicari untuk meredakan keprihatinan yang ada dalam kalangan penghantar bahawa platform akan menampung kos ini menerusi pendapatan penghantar, serta mendidik golongan pekerja penghantaran tentang bagaimana CPF boleh melindungi keperluan perumahan, penjagaan kesihatan dan persaraan mereka pada masa depan, menurut tinjauan Institut Kajian Dasar (IPS), Universiti Nasional Singapura (NUS), mengenai penghantar makanan platform di Singapura yang dikeluarkan semalam.

Tinjauan itu berdasarkan tinjauan yang dijalankan ke atas 1,002 penghantar makanan berusia antara 21 tahun dengan 65 tahun daripada semua platform penghantaran makanan di Singapura, dengan 42 peratus daripada mereka merupakan orang Melayu, 52 peratus Cina, 5 peratus India dan 1 peratus lain-lain.

Diberi pilihan, sebanyak 62.9 peratus penghantar makanan lebih cenderung memilih pendapatan yang lebih tinggi daripada kerja penghantaran sebagai pertukaran untuk perlindungan sosial yang lebih lemah, kemungkinan satu cerminan keadaan mereka yang mudah terjejas, di mana mereka mengutamakan keperluan segera daripada prospek perlindungan.

Memberi komen, Ketua Makmal Sosial IPS, Dr Mathew Mathews, menekankan kepentingan pendidikan awam.

"Penghantar perlu tahu bahawa untuk memastikan pekerjaan itu mampan, pekerjaan itu perlu mampu menyumbang kepada keperluan kewangan mereka dalam jangka masa panjang, dengan membolehkan mereka untuk mempunyai rumah, duit yang cukup dalam akaun MediSave supaya dapat membantu dalam keperluan penjagaan kesihatan dan menjaga mereka bagi persaraan," katanya.

Beliau menambah bahawa jika CPF ini dilaksanakan, perlu ada cara untuk memastikan bahawa syarikat platform tidak menggunakan apa yang diperuntukkan untuk penghantar untuk membayar komponen majikan.

Ini kerana terdapat keprihatinan dalam kalangan pekerja penghantaran makanan bahawa syarikat platform akan mencari cara untuk mendapatkan dana bagi komponen majikan daripada pendapatan mereka.

Sekitar 75 peratus penghantar makanan pula terbuka kepada menyumbang kepada dana persaraan, pelan simpanan penjagaan kesihatan dan insurans pengangguran di samping melakukan sumbangan CPF.

Ini menunjukkan keterbukaan meluas bagi perlindungan sosial dalam kalangan penghantar makanan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg