Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lebih sepertiga di S'pura sudah terima sekurang-kurangnya satu suntikan vaksin Covid-19

May 21, 2021 | 9:41 PM
Foto FAIL
Foto FAIL -

LEBIH dua juta individu atau lebih sepertiga daripada penduduk di Singapura sudah menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19, kata Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung pada Jumaat (21 Mei).

Menerusi catatan Facebook, Encik Ong berkata ia merupakan satu perkembangan dengan penduduk setempat kini mempunyai perlindungan baik menentang virus tersebut.

"Dengan bekalan vaksin kekal mantap, kita dapat melindungi 4.3 juta orang dengan suntikan pertama menjelang penghujung Julai ini...

"Yakinlah bahawa kita komited untuk menamatkan rejim dua dos ini. Matlamat akhir kita iaitu menawarkan perlindungan maksimum kepada semua tidak berubah," jelasnya.

Pada Selasa, sewaktu satu sidang media maya Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian, Encik Ong berkata hampir dua juta orang telah menerima sekurang-kurangnya satu suntikan dos vaksin sejauh ini.

Dari kumpulan ini, lebih 1.4 juta orang pula telah tamat proses mendapatkan dua suntikan penuh dengan sejumlah 3.4 juta dos suntikan ditadbir.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg