Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lee Wei Ling jual banglo di Cluny Hill sebanyak $50j

Sep 18, 2022 | 5:30 AM
PINDAH MILIK: Banglo kepunyaan Dr Lee Wei Ling, anak perempuan mendiang Perdana Menteri Pengasas Lee Kuan Yew, telah dijual pada harga $50 juta kepada pengasas bersama rangkaian restoran hotpot Sichuan Haidilao International, Encik Shi Yonghong. - Foto BH oleh GAVIN FOO
PINDAH MILIK: Banglo kepunyaan Dr Lee Wei Ling, anak perempuan mendiang Perdana Menteri Pengasas Lee Kuan Yew, telah dijual pada harga $50 juta kepada pengasas bersama rangkaian restoran hotpot Sichuan Haidilao International, Encik Shi Yonghong. - Foto BH oleh GAVIN FOO -

ANAK perempuan mendiang Perdana Menteri Pengasas Lee Kuan Yew, Dr Lee Wei Ling, telah menjual hartanahnya di Cluny Hill.

Banglo kelas baik (GCB) itu dibeli oleh pengasas bersama rangkaian restoran hotpot Sichuan Haidilao International, Encik Shi Yonghong, pada harga $50 juta, lapor The Straits Times.

Harga tersebut bermakna tapak seluas 18,255 kaki persegi itu berharga $2,740 sekaki persegi (psf).

Sumber pasaran mengatakan hartanah di kawasan GCB Cluny Hill, berdasarkan tanah dibangunkan semula, boleh mencapai antara $3,000 dan $4,000 psf, bergantung pada keadaan hartanah, saiz tapak dan apakah tapak tu boleh dibahagi-bahagikan.

Ketua eksekutif syarikat kosultan hartanah Delasa, Encik Karamjit Singh berkata harga $2,740 psf mencerminkan pembeli perlu melabur dalam pembangunan semula, yang boleh menelan kos $10 juta atau lebih.

Itu akan menjadikan nilai hartanah yang dibangunan semula mencapai sekurang-kurangnya $60 juta, iaitu antara $3,200 dan $3,300 psf, lebih selaras dengan harga pasaran.

Transaksi terakhir GCB di Cluny Hill ialah pada harga $63.7 juta, pada April tahun lalu, kata pengarah urusan Lighthouse Property Consultants, Encik Samuel Eyo.

Menurut dokumen yang diperoleh ST, pemindahan sah pemilikan GCB itu kepada Encik Shi berlaku pada 6 September. Pemiliknya sebelum ini ialah Kwa Geok Choo Pte Ltd, kini dikenali sebagai Cluny Lodge Pte Ltd. Mendiang Cik Kwa Geok Choo ibu Dr Lee.

Menurut rekod Penguasa Pengawalan Perakaunan dan Korporat (Acra), Dr Lee disenaraikan sebagai pemegang saham tunggal syarikat itu. Beliau adik Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong,

Pengarahnya termasuk anak saudaranya, Encik Li Huanwu, iaitu anak kedua adik PM Lee, Encik Lee Hsien Yang, dan isterinya, Cik Lee Suet Fern.

Encik Shi dan keluarganya, yang menduduki tempat ke-87 dalam senarai Orang Terkaya China Forbes tahun lalu, mempunyai nilai bersih AS$4.1 bilion ($5.77 bilion).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg