WALAUPUN perbelanjaan prasekolah untuk anak mereka bukan murah, Cik Zakiah Fatin Saiful Imran dan suami, Encik Syamil Dasuki (gambar) tidak terasa beban kerana Akaun Pembangunan Anak (CDA) anak mereka cukup membantu.

Apatah lagi baru-baru ini diumumkan bahawa sekitar 1,300 murid prasekolah daripada keluarga berpendapatan rendah akan menerima tokokan sehingga $500 setahun selama tiga tahun ke CDA mereka mulai November 2020.