Premium
Lega dapat cuti paterniti tambahan jaga anak
Jan 3, 2017 | 5:30 AM
TARIKH ISTIMEWA: Ketiga-tiga anak Encik Muhammad Faisal dan isterinya Cik Wahida dilahirkan pada tarikh istimewa tanpa dirancang. Muhammad Zakir (kanan) dilahirkan pada 1 Januari 2012, Nur Jannah, dilahirkan pada cuti Hari Buruh 2013 dan anak bongsunya, Nur Hidayah, dilahirkan pada 1 Januari 2017. - Foto KHALID BABA -
TIDAK seperti dua anaknya yang sebelum ini, Encik Muhammad Faisal Mahmod bakal mendapat tambahan satu minggu lagi cuti paterniti berbayar selepas menyambut kelahiran anak bongsunya pada Tahun Baru kelmarin.
Mengalu-alukan langkah pemerintah itu, Encik Muhammad Faisal, 33 tahun, berkata dua minggu cuti paterniti berbayar itu akan memberi isterinya ruang untuk berehat.

