Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki 22 tahun diberkas setelah pedang samurai ditemui dalam kereta

May 15, 2024 | 9:33 PM
Pemandu kereta berusia 22 tahun telah diberkas polis kerana memiliki senjata berbahaya, antara kesalahan lain, setelah polis mendapati pedang samurai berwarna hitam di dalam kereta yang dipandunya. Dia cuba melarikan diri setelah diperintahkan untuk berhenti bagi pemeriksaan rutin oleh Polis Trafik pada 15 Mei di sepanjang Aljunied Road.
Pemandu kereta berusia 22 tahun telah diberkas polis kerana memiliki senjata berbahaya, antara kesalahan lain, setelah polis mendapati pedang samurai berwarna hitam di dalam kereta yang dipandunya. Dia cuba melarikan diri setelah diperintahkan untuk berhenti bagi pemeriksaan rutin oleh Polis Trafik pada 15 Mei di sepanjang Aljunied Road. - Foto fail

Seorang pemandu kereta berusia 22 tahun telah diberkas polis kerana memiliki senjata berbahaya, menipu dengan menyamar dan pelbagai kesalahan trafik, di samping disyaki melakukan kesalahan berkaitan dadah, kata Pasukan Polis Singapura (SPF) sebagai respons kepada Berita Harian (BH) pada 15 Mei.

Ini susulan satu video yang dilihat BH, yang menunjukkan seorang lelaki ditahan pegawai Polis Trafik (TP) di persimpangan sibuk di Aljunied Road.

Video sepanjang 1 minit 11 saat itu menunjukkan lelaki terlibat meninggalkan kereta jenis Mitsubishi Lancer yang diberhentikan di tengah dua lorong laluan di Aljunied Road dan melarikan diri ke arah laluan pejalan kaki.

Seorang pegawai TP turut dilihat mengejar lelaki itu melalui motosikal sebelum pegawai itu turun dari motosikalnya untuk berlari mengejar lelaki tersebut.

Lelaki itu kemudian diberkas pegawai terbabit sebelum dia sempat memasuki kenderaannya semula.

Pihak polis berkata sekitar 11.25 pagi pada 15 Mei, seorang pegawai TP sedang meronda di sepanjang Aljunied Road menghala Upper Aljunied Road apabila beliau memberi isyarat kepada kereta terbabit untuk berhenti bagi pemeriksaan rutin.

Pemandu kereta terbabit memberi isyarat kepada pegawai TP bahawa dia akan mematuhi perintah tersebut dan berhenti di perhentian bas. Namun, suspek memecut dari lokasi, tambah polis.

Suspek kemudian meninggalkan kenderaan setelah keretanya berhenti di persimpangan sepanjang Aljunied Road dan cuba melarikan diri namun ditahan pegawai TP itu selepas dikejar.

Pemeriksaan susulan oleh polis mendapati pedang samurai berwarna hitam, bahan yang dipercayai dadah terkawal dan perlengkapan dadah di dalam kereta berkenaan.

Pihak polis menambah siasatan lanjut sedang dijalankan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg