Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki 23 tahun ditangkap lepas insiden kelar di Orchard Plaza

Nov 28, 2016 | 1:53 PM
Seorang lelaki berusia 28 tahun mengalami kesan kelar di lehernya selepas kejadian di tingkat empat Orchard Plaza. BEST VIRAL VIDEOS, JOHANNAN SEAH/FACEBOOK
Seorang lelaki berusia 28 tahun mengalami kesan kelar di lehernya selepas kejadian di tingkat empat Orchard Plaza. BEST VIRAL VIDEOS, JOHANNAN SEAH/FACEBOOK - GAMBAR BEST VIRAL VIDEOS, JOHANNAN SEAH / FACEBOOK

SEORANG lelaki berusia 28 tahun bermandi darah di Orchard Plaza selepas dipercayai dikelar pada pagi Ahad (27 Nov).

Difahamkan lelaki itu mempunyai tanda kelar pada lehernya.

Seorang lelaki berusia 23 tahun ditangkap kerana "sengaja menyebabkan kecederaan dengan cara berbahaya" berhubung kes itu, kata polis.

Gambar kejadian itu, yang berlaku di tingkat empat Orchard Plaza, dimuat naik di laman Best Video Viral Facebook sejurus selepas tengah malam Ahad.

Gambar-gambar itu dikongsi secara meluas, lebih 5,000 kali menjelang tengah hari Isnin.

Dalam salah satu gambar, mangsa berpakaian kemeja-T dan seluar jeans terbaring di lantai berlumuran darah di sekeliling kakinya.

Seorang lelaki yang memakai sarung tangan dilihat memeriksa lehernya dengan timbunan tisu di sebelah. Sehelai tisu berlumuran darah dilihat di sudut gambar itu.

Dalam gambar lain, orang itu di atas pengusung dan diperiksa sekurang-kurangnya tiga paramedik.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata mereka menghantar ambulans pada kira-kira 5.50 pagi Ahad dan lelaki tersebut dibawa dalam keadaan separuh sedar ke Hospital Tan Tock Seng.

Polis masih menyiasat.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg