Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki 27 tahun didakwa libat dalam dua kes ragut diberkas

Dec 25, 2022 | 5:30 AM
dfe0268c-8ca4-4bea-b42f-80d8f9abe38a
-

POLIS telah memberkas seorang lelaki berusia 27 tahun kerana didakwa terlibat dalam dua kes ragut.

Hasil siasatan susulan dan bantuan imej daripada kamera litar tertutup (CCTV) dan polis, pegawai daripada Divisyen Polis Jurong telah mengenal pasti identiti lelaki berkenaan dan memberkasnya Khamis lalu.

Dia didakwa di mahkamah semalam atas kesalahan meragut.

Dalam kenyataan kelmarin, polis berkata mereka telah menerima dua laporan meragut antara 16 dengan 21 Disember daripada dua mangsa wanita yang telefon bimbit mereka didakwa dicuri oleh seorang lelaki di daerah Corporation Drive, Jurong.

Polis menekankan mereka tidak bertolak ansur dengan kelakuan jenayah seperti itu dan akan memberkas pesalah dan membawa mereka ke muka pengadilan.

Atas kesalahan meragut, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang daripada setahun dan tidak melebihi tujuh tahun, serta disebat.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg