Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki 28 tahun ditahan disyaki curi 3 motosikal di Woodlands, Canberra dan Redhill

May 6, 2021 | 4:50 PM
Motosikal dilaporkan telah dicuri dari estet di Woodlands, Canberra dan Redhill pada Selasa dan Rabu, kata polis. - Foto fail ST
Motosikal dilaporkan telah dicuri dari estet di Woodlands, Canberra dan Redhill pada Selasa dan Rabu, kata polis. - Foto fail ST -

SEORANG lelaki berusia 28 tahun telah ditahan kerana disyaki mencuri tiga motosikal, dan dijangka akan didakwa di mahkamah pada Jumaat (7 Mei).

Motosikal dilaporkan telah dicuri dari estet di Woodlands, Canberra dan Redhill pada Selasa dan Rabu, kata polis.

Suspek itu dikenalpasti menerusi siasatan di tempat kejadian dan imej daripada kamera polis, dan telah ditahan pada Rabu, tambah polis.

Ketiga-tiga motosikal telah ditemui.

Lelaki itu akan didakwa kerana mencuri kenderaan bermotor, yang akan membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg