Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki 32 tahun ditahan tebus 200 pelitup dari mesin layan diri

May 30, 2020 | 10:00 AM
DAPATKAN PELITUP SECARA TERLARANG: Suspek memperolehi data peribadi secara terlarang, yang didapatkan dari pekerjaan lamanya sebagai perekrut pekerja, sebelum menggunakannya untuk mendapatkan 200 pelitup.
DAPATKAN PELITUP SECARA TERLARANG: Suspek memperolehi data peribadi secara terlarang, yang didapatkan dari pekerjaan lamanya sebagai perekrut pekerja, sebelum menggunakannya untuk mendapatkan 200 pelitup. - - Foto SPF

SEORANG lelaki berusia 32 tahun telah ditangkap kerana didakwa menggunakan data peribadi yang diperoleh secara terlarang untuk mendapatkan lebih 200 pelitup dari sebuah mesin layan diri di Simei.

Dia didakwa memperoleh data itu menerusi pekerjaannya sebagai perekrut tenaga manusia di sebuah firma perekrutan sebelum ini, kata polis semalam (29 Mei).

Menerusi satu kenyataan, Pasukan Polis Singapura (SPF) berkata awal minggu ini pihak berkuasa telah menerima laporan daripada mereka yang tidak berjaya mengambil pelitup guna semula baru yang diagihkan pemerintah dari mesin layan diri.

Pemeriksaan menunjukkan topeng percuma itu telah pun ditebus.

Dengan bantuan kamera litar polis, pegawai Divisyen Polis Bedok berjaya mengenal pasti lelaki terbabit dan menangkapnya Khamis lalu, kata polis.

Siasatan menunjukkan bahawa antara Selasa dan Khamis, suspek telah menebus lebih 200 pelitup dari mesin layan diri 24 jam yang terletak di Kelab Masyarakat Changi Simei.

Dia akan didakwa di mahkamah hari ini (30 Mei) atas kesalahan menipu dan menyimpan maklumat peribadi yang diperoleh secara terlarang, menurut kenyataan polis itu lagi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg