Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki 36 tahun ditangkap berhubung kes tiket ICC

Jul 27, 2019 | 3:55 PM
DITANGKAP POLIS: Seorang lelaki telah ditangkap polis, dipercayai kerana gagal memberi tiket ICC, yang berlangsung pada 20 dan 21 Julai 2019, kepada individu yang membayarnya bagi tiket itu.
DITANGKAP POLIS: Seorang lelaki telah ditangkap polis, dipercayai kerana gagal memberi tiket ICC, yang berlangsung pada 20 dan 21 Julai 2019, kepada individu yang membayarnya bagi tiket itu. - Foto FAIL THE STRAITS TIMES

SEORANG lelaki berusia 36 tahun ditangkap semalam (26 Julai) berhubung kes tidak memberi tiket Piala Juara-Juara Antarabangsa (ICC) kepada individu yang telah membayar baginya, menurut polis hari ini.

Polis berkata siasatan sedang dijalankan.

Kelmarin, pihak berkuasa mengesahkan bahawa laporan polis telah dibuat terhadap seorang ejen sukan yang namanya sedang naik setelah dia gagal memberikan tiket bagi ICC yang berlangsung hujung minggu lalu kepada orang yang telah membayarnya bagi tiket tersebut.

Ejen sukan itu, Hafidz Ja'afar, juga tidak dapat dihubungi sejak Sabtu lalu (20 Julai).

Hafidz pernah menjadi jurucakap perenang Singapura, Joseph Schooling, dan mula dikenali setelah dia membantu keluarga Schooling dengan pertanyaan media berikutan kemenangan perenang tersebut di Sukan Rio 2016.

Sehingga minggu lalu, dia juga berkhidmat secara sambilan di sekolah renang Schooling, Swim Schooling.

Menurut akhbar The Straits Times, wakil Schooling berkata Hafidz dipecat selepas dia tidak dapat dihubungi banyak kali.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg