Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki 38 tahun ditangkap kerana tipu, guna maklumat peribadi orang lain untuk dapat pelitup mesin layan diri

Mar 14, 2021 | 4:00 PM
Foto FAIL
Foto FAIL -

POLIS telah menangkap lelaki berusia 38 tahun kerana disyaki terlibat dalam siri kes penipuan yang membabitkan usaha meraih maklumat peribadi secara haram untuk mendapatkan pelitup muka dari mesin layan diri yang disediakan Yayasan Temasek.

Dalam kenyataannya pada Ahad (14 Mac), polis berkata sekitar 11.40 pagi pada 13 Mac 2021, pihaknya telah menerima laporan tentang mangsa yang tidak dapat mengambil pelitup muka dari mesin layan diri di Balai Rakyat Pasir Ris East.

Pada hari yang sama, Yayasan Temasek juga membuat laporan polis setelah ia menerima banyak aduan orang awam yang tidak dapat mengambil pelitup muka di mesin layan diri sekitar Bukit Panjang dan Bishan.

Hasil siasatan polis dan dengan bantuan rakaman imej kamera polis dan kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang pada mesin layan diri, pegawai Divisyen Polis Bedok dan Divisyen Polis Central dapat mengesahkan identiti lelaki 38 tahun itu dan menangkapnya dalam masa 24 jam pada 14 Mac.

Lelaki itu dikatakan sengaja menggunakan maklumat peribadi yang diperolehi secara haram untuk mendapatkan pelitup muka tanpa kebenaran sebanyak 61 kali. Namun, dia hanya dapat mengambil 11 pelitup muka dari pelbagai mesin layan diri di Bukit Panjang Plaza dan sepanjang Bishan Street 22.

Kesalahan di bawah Seksyen 420, Kanun Keseksaan, membawa pada hukuman penjara yang boleh dilanjutkan hingga 10 tahun dan juga boleh melibatkan denda.

Kesalahan menyimpan maklumat peribadi yang diraih secara haram di bawah Seksyen 416(A) Kanun Keseksaan juga membawa pada penjara hingga tiga tahun, denda hingga $10,000 atau kedua-duanya sekali.

Polis telah juga menerima laporan serupa di estet perumahan lain dan sedang menggiatkan usaha menahan mereka yang bersalah dan membawa mereka ke muka pengadilan.

Jika anda terlihat individu yang berkelakuan menyangsikan berlegar berhampiran mesin layan diri pelitup yang boleh digunakan semula, hubungi polis di talian 999 segera.

Orang ramai yang mempunyai kesukaran mendapatkan pelitup muka pakai semula mereka daripada mesin layan diri dinasihati menghubungi Yayasan Temasek di talian hotline 1800-738-2000 antara 9 pagi dengan 9 malam setiap hari (hingga 14 Mac) atau menerusi e-mel staymasked@temasekfoundation.org.sg

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg