Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki 49 tahun diberkas kerana siri penipuan sewa rumah

Apr 15, 2022 | 8:29 PM
Foto FAIL
Foto FAIL -

POLIS telah menangkap seorang lelaki berusia 49 tahun kerana disyaki terlibat dalam siri penipuan sewa rumah.

Dalam kenyataannya pada Jumaat (15 April), polis berkata antara Mac dengan April 2022, polis menerima beberapa laporan daripada mangsa penipuan sewa rumah yang memberi respons pada senarai dalam Facebook dan Carousell yang mengaku mereka menawarkan sebuah unit di Hong San Walk untuk disewa.

Selepas meninjau unit itu secara peribadi, mangsa diminta membayar wang pendahuluan kepada lelaki berkenaan untuk mengesahkan sewaan rumah tersebut.

Lelaki itu kemudian tidak dapat dihubungi setelah wang pendahuluan dibayar. Beberapa mangsa juga mendapati bahawa unit yang sama juga telah ditawarkan kepada beberapa orang lain pada tempoh yang sama.

Sepanjang siasatan susulan, pegawai dari Divisyen Polis Woodlands dan Jurong telah mengesahkan identiti lelaki ini dan memberkasnya pada 14 April 2022.

Siasatan awal menunjukkan dia dipercayai terlibat dalam 20 kes penipuan sewa serupa dengan lebih $21,000 lenyap.

Lelaki itu akan didakwa pada 16 April 2022 dengan kesalahan menipu. Jika didapati bersalah, dia boleh dipenjara hingga 10 tahun dan didenda.

Orang awam dinasihati polis agar tidak terpedaya dengan penipuan sewa ini dengan memastikan orang yang anda berurusan adalah pemilik unit yang sah atau ejen hartanah bertauliah dengan memeriksa butiran peribadi dan nombor telefon mereka dengan agensi berkenaan.

Mereka juga perlu meminta untuk mengunjungi unit itu untuk mengesahkannya dengan pemilik rumah itu jika tawaran sewa itu wujud dan sah.

Bagi keterangan lanjut mengenai penipuan, orang awam boleh melungsuri laman scamalert.sg atau hubungi talian hotline antipenipuan di 1800-722-6688.

Sesiapa yang mempunyai keterangan mengenai penipuan sebegini boleh menghubungi talian hotline polis di 1800-255-0000 atau memberi keterangan dalam talian di laman www.police.gov.sg/iwitness.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg