Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki 56 tahun ditemui meninggal dunia atas bangku luar Jurong Point

Jul 13, 2018 | 2:24 PM
KEMATIAN LUAR BIASA: Seorang lelaki ditemui meninggal dunia di atas bangku di luar Jurong Point disahkan meninggal dunia oleh paramedik di tempat kejadian.
KEMATIAN LUAR BIASA: Seorang lelaki ditemui meninggal dunia di atas bangku di luar Jurong Point disahkan meninggal dunia oleh paramedik di tempat kejadian. - Foto STOMP

SEORANG lelaki 56 tahun ditemui meninggal dunia di atas bangku di luar pusat beli-belah Jurong Point pagi tadi (13 Julai).

Polis berkata mereka dimaklumkan tentang satu kes kematian luar biasa di pusat beli-belah di 1 Jurong West Central 2 itu sekitar 9 pagi.

Lelaki tersebut ditemui terbaring di atas bangku itu dan disahkan meninggal dunia oleh paramedik di tempat kejadian, kata polis.

Seorang saksi memberitahu laman web Stomp bahawa beliau sedang dalam perjalanan ke tempat kerja apabila beliau ternampak pegawai Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) di kawasan itu.

Tambahnya, tubuh lelaki itu sudah pun ditutup dengan kain putih ketika itu.

Menurut akhbar The Straits Times, difahamkan kes ini tidak disyaki melibatkan perbuatan khianat.

Siasatan polis sedang dijalankan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg