SEORANG lelaki berusia 58 tahun ditangkap semalam (29 Mei) bagi beberapa kes mencuri daripada kenderaan di bahagian timur Singapura.
Menerusi satu kenyataan hari ini, polis berkata mereka menerima laporan tentang beberapa kenderaan yang cermin depannya dipecahkan.
Beberapa barangan juga telah dicuri daripada kenderaan itu.
Kenderaan itu diletak di sekitar Eunos Avenue 7A, Eunos Road 3, Kaki Bukit Avenue 5 dan Sims Avenue.
Pegawai daripada Divisyen Polis Bedok berjaya mengenal pasti identiti lelaki tersebut menerusi siasatan meluas yang mereka jalankan.
Lelaki itu ditangkap di Eunos Avenue 3 semalam.
Jika didapati bersalah mencuri, dia boleh dipenjara sehingga tiga tahun dan didenda.
Jika didapati bersalah melakukan perbuatan khianat terhadap kenderaan pula, dia boleh dipenjara sehingga dua tahun dan didenda.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg