Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Lelaki 61 tahun didakwa cuba bunuh dalam kes serangan di Pasir Ris

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki 61 tahun didakwa cuba bunuh dalam kes serangan di Pasir Ris

Dec 21, 2023 | 07:21 PM



Seorang lelaki berusia 61 tahun telah didakwa melakukan percubaan membunuh ke atas seorang lelaki berusia 46 tahun di sebuah pusat beli-belah di Pasir Ris Street 72.

Menurut dokumen mahkamah, Loh Chye Hoe, dituduh menggunakan pisau pencencang untuk menetak Encik Wong Tai Huong, 46 tahun, beberapa kali pada 20 Disember kira-kira 4.50 petang di Pasir Ris West Plaza.

Dalam satu kenyataan sejurus selepas kejadian itu, polis berkata empat orang, termasuk Loh, cedera dan dibawa ke Hospital Besar Sengkang, dengan Loh separuh sedar ketika itu.

Loh didakwa pada 21 Disember di hospital, menurut laporan The Straits Times (ST).


Jurucakap hospital itu berkata dua individu yang terkait dengan kes itu telah dipindahkan ke Hospital Tan Tock Seng untuk rawatan lanjut manakala dua yang lain menerima rawatan di Hospital Besar Sengkang.

“Mereka semakin pulih dan berada dalam keadaan stabil. Disebabkan kerahsiaan pesakit, kami tidak dapat mendedahkan sebarang maklumat lain mengenai pesakit kami,” kata jurucakap itu.

Polis berkata Loh mengenali ketiga-tiga mangsa, tetapi mereka tidak mempunyai hubungan yang baik.

Satu penduduk Pasir Ris yang berada di pusat beli-belah itu memberitahu ST bahawa tiga daripada mangsa yang cedera, termasuk Encik Wong, adalah dari Royal Regent, kedai yang menjual pelbagai barangan seperti produk telefon, sandal dan beg.

Kedai itu ditutup dan kesan darah akibat kejadian itu telah dibersihkan.

Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelaras Bagi Keselamatan Negara, Encik Teo Chee Hean, telah mengunjungi pusat beli-belah itu sekitar tengah hari pada 21 Disember.

Encik Teo, yang juga Anggota Parlimen (AP) GRC Pasir Ris-Punggol, berinteraksi dengan pekedai berhampiran lokasi kejadian untuk mengetahui tentang kesejahteraan mereka.

Tarikh mahkamah Loh yang seterusnya jatuh pada 11 Januari 2024.

Jika disabitkan dengan percubaan membunuh dan menyebabkan kecederaan, pesalah boleh dipenjara seumur hidup dan dikenakan hukuman rotan, atau penjara hingga 20 tahun dan denda atau rotan, atau kedua-duanya sekali.

Lelaki di atas 50 tahun, dan wanita, tidak boleh dihukum rotan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >