Lelaki 64 tahun yang belum divaksin meninggal dunia akibat Covid-19

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki 64 tahun yang belum divaksin meninggal dunia akibat Covid-19

Aug 18, 2021 | 11:33 PM

Lelaki 64 tahun yang belum divaksin meninggal dunia akibat Covid-19

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Di kalangan mereka yang sakit teruk, 27 adalah warga emas berusia lebih 60 tahun, dan di kalangan mereka, 22 tidak divaksin atau baru menerima satu dos vaksin.
Di kalangan mereka yang sakit teruk, 27 adalah warga emas berusia lebih 60 tahun, dan di kalangan mereka, 22 tidak divaksin atau baru menerima satu dos vaksin. - Foto Fail ST

SEORANG lelaki berusia 64 tahun yang belum divaksin dan mempunyai sejarah penyakit kronik meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 pada Isnin (16 Ogos), kata Kementerian Kesihatan (MOH). Dalam kenyataannya pada Rabu malam, MOH berkata lelaki itu mengalami batuk pada 2 Ogos dan dihantar ke Hospital Raffles pada 3 Ogos setelah mengalami masalah jantung. Beliau mempunyai sejarah kegagalan ginjal peringkat akhir, otot jantung lemah, darah tinggi dan kolesterol tinggi. Secara keseluruhan, 46 orang telah meninggal dunia disebabkan komplikasi jangkitan Covid-19 sejauh ini. MOH juga berkata satu kelompok baru telah muncul dan tujuh kelompok telah ditutup. Ini bermakna terdapat 87 kelompok aktif kini yang mempunyai antara tiga dengan 1,155 jangkitan. MOH juga berkata bilangan kes baru dalam masyarakat telah turun dari 448 dua minggu lalu ke 316 minggu lalu. Bilangan kes yang tidak berkait telah turun dari 125 ke 94 dalam tempoh yang sama. Buat masa ini, 402 pesakit dirawat di hospital. Daripada jumlah itu, 26 memerlukan sokongan oksigen, sementara enam berada dalam keadaan kritikal di unit jagaan rapi. Di kalangan mereka yang sakit teruk, 27 adalah warga emas berusia lebih 60 tahun, dan di kalangan mereka, 22 tidak divaksin atau baru menerima satu dos vaksin. MOH berkata terdapat bukti berterusan bahawa hampir semua individu yang telah divaksin tidak mengalami penyakit serius apabila dijangkiti, kecuali mereka mempunyai kondisi perubatan yang membuat mereka lebih rentan. Dalam masa 28 hari kebelakangan, peratusan orang yang tidak divaksin yang menjadi sakit teruk atau meninggal dunia adalah 8.8 peratus manakala peratusan sama untuk orang yang telah menerima dua dos vaksin adalah 1.5 peratus, tambah kementerian itu. Mengenai usaha vaksinasi negara, MOH berkata 77 peratus penduduk Singapura telah diberi dua dos vaksin hingga Selasa, sementara 82 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos. Sejumlah 8,486,232 dos vaksin Covid-19 telah diberikan di bawah program vaksinasi nasional itu, meliputi 4,447,250 orang, dengan 4,170,573 orang telah menerima dua dos vaksin. Selain itu, 153,020 dos vaksin lain yang disertakan dalam Senarai Penggunaan Kecemasan Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah diberikan, meliputi 84,172 orang. Singapura mencatatkan 49 kes Covid-19 baru dalam masyarakat pada Rabu. Ini termasuk 23 kes yang berkait dengan kes terdahulu dan sudah dikuarantin, dan tujuh kes yang berkait dengan kes terdahulu yang tidak dikuarantin apabila disahkan positif. Baki 19 kes tidak berkait dengan kes terdahulu. Sebanyak empat kes import juga telah dikesan dan diasingkan sebaik tiba di sini. Secara keseluruhan, terdapat 53 kes Covid-19 baru pada Rabu, menjadikan jumlah 66,334 kes di Singapura sejauh ini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg