Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki 70 tahun cabul anak sendiri dipenjara 10 bulan

Jul 16, 2024 | 7:09 PM
Lelaki 70 tahun mengaku bersalah atas pertuduhan mencabul anak perempuannya, dan dijatuhi hukuman penjara 10 bulan pada 16 Julai.
Lelaki 70 tahun mengaku bersalah atas pertuduhan mencabul anak perempuannya, dan dijatuhi hukuman penjara 10 bulan pada 16 Julai. - Foto PIXABAY

Seorang lelaki 70 tahun mencabuli anak perempuannya, berusia 14 tahun pada 2023.

Dia ditangkap pada awal 2024.

Lelaki itu, yang tidak boleh dinamakan demi melindungi identiti remaja tersebut, mengaku bersalah atas pertuduhan mencabul dan dijatuhi hukuman penjara 10 bulan pada 16 Julai.

Ketika melakukan kesalahan itu, dia tinggal di flat Sengkang bersama isteri dan mangsa.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Tan Shi Yun berkata, lelaki itu tidur sendirian di bilik tidur utama, manakala dua anggota keluarganya tidur di bilik lain.

Pada 2023, lelaki itu, yang menganggur, memasuki bilik tidur anak perempuannya dan mencabul remaja itu pada dua kejadian berasingan, semasa isterinya sedang bekerja.

Dokumen mahkamah tidak mendedahkan apa yang berlaku selepas dua kejadian itu hingga menyebabkan seorang pegawai perlindungan kanak-kanak membuat laporan polis pada 11 Januari 2024.

Lelaki itu ditahan pada 6 Februari dan direman sejak itu.

Pada 16 Julai, DPP menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman penjara antara lapan bulan dengan 10 bulan.

“Tertuduh dan mangsa… mempunyai hubungan kekeluargaan yang terdapat kepercayaan diberikan kepada tertuduh memandangkan dia adalah bapa mangsa,” kata DPP Tan.

Bagi kesalahan mencabul, pesalah boleh dipenjara hingga tiga tahun, didenda, dirotan atau gabungan hukuman tersebut.

Lelaki itu tidak boleh dirotan kerana umurnya sudah melebihi 50 tahun.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg