Topik diikuti
Pergi ke BHkuLelaki 70 tahun dipenjara dek cabul kehormatan 7 perempuan dalam kurang sejam

Lelaki 70 tahun dipenjara dek cabul kehormatan 7 perempuan dalam kurang sejam
SEORANG lelaki berusia 70 tahun telah dipenjara 28 bulan semalam atas kesalahan mencabul kehormatan wanita.
Yeo Kin Choon telah meraba tujuh perempuan dalam kurang dari satu jam di Pusat Pertukaran Bas Clementi awal tahun ini.
Dia juga telah mencabul kehormatan tiga mangsa perempuan lain, yang termuda daripada mereka berusia 11 tahun, dan yang paling tua, 22 tahun, menurut laporan The New Paper.
Dokumen mahkamah mendedahkan Yeo melakukan kesalahan itu pada sekitar 1 tengah hari pada 15 Mac lalu di Pusat Pertukaran Bas Clementi dan berhenti pada sekitar 1.55 tengah hari.
Laporan psikiatrik juga mendapati tiada bukti Yeo mempunyai sebarang gangguan mental. Dalam mitigasi, peguam Yeo, Encik Noor Marican, berkata beliau mempunyai masalah kesihatan dan kecergasan fizikal yang lemah. Tetapi semasa hukuman, Hakim Daerah Eddy Tham tidak bersetuju. Katanya:
"Dia mampu bergerak secara fizikal untuk membahayakan mangsa wanita muda."
Beliau menambah bahawa laporan psikiatri menunjukkan Yeo tidak menunjukkan kekesalan.