Lelaki 82 tahun dipenjara kerana bunuh menantu perempuan
Premium
Lelaki 82 tahun dipenjara kerana bunuh menantu perempuan
Apr 26, 2016 | 5:30 AM
CHAR CHIN FAH: Menikam mangsa berkali-kali di dada menggunakan pisau kerana tidak tahan dileteri. - Foto fail -
SEORANG lelaki pesakit mental berusia 82 tahun yang menikam menantu perempuannya sehingga mati telah dijatuhi hukuman penjara lapan tahun semalam.
Pesara Char Chin Fah, 82 tahun, mengaku bersalah atas tuduhan menyebabkan kematian tanpa niat membunuh bagi membunuh Cik Ong Guat Leng, 54 tahun pada 21 Ogos 2014.

