Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki 88 tahun korban keenam Covid-19 Singapura

Apr 4, 2020 | 10:56 AM
Lelaki itu disahkan mempunyai jangkitan Covid-19 pada 29 Mac, dan dimasukkan ke Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID) pada 30 Mac.
Lelaki itu disahkan mempunyai jangkitan Covid-19 pada 29 Mac, dan dimasukkan ke Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID) pada 30 Mac. - - Foto fail

KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) mengesahkan seorang lagi pesakit telah meninggal dunia pada 5.41 pagi Sabtu (4 April) daripada komplikasi akibat jangkitan Covid-19.

Lelaki berusia 88 tahun itu merupakan seorang penduduk tetap Singapura yang tidak mempunyai sejarah perjalanan ke negara atau rantau yang terjejas.

Ini merupakan korban keenam akibat Covid-19 di Singapura.

Menurut kenyataan MOH, lelaki itu disahkan mempunyai jangkitan Covid-19 pada 29 Mac, dan dimasukkan ke Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID) pada 30 Mac.

Beliau berada di unit jagaan rapi sejak 30 Mac, dan menghadapi komplikasi serius. Lelaki itu juga mempunyai sejarah penyakit jantung, ginjal, barah dan kencing manis. NCID telah menghubungi keluarga pesakit itu dan telah menghulurkan bantuan kepada mereka.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg