Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki berusia 21 tahun ditangkap selepas kamera tersembunyi ditemui dalam tandas di NTU

Mar 8, 2018 | 6:37 PM
SUSPEK DITANGKAP: Seorang lelaki telah ditangkap berhubung kes kamera yang disembunyikan dalam cangkuk plastik di tandas orang kurang upaya di Besmen 1 sebuah bangunan NTU.
SUSPEK DITANGKAP: Seorang lelaki telah ditangkap berhubung kes kamera yang disembunyikan dalam cangkuk plastik di tandas orang kurang upaya di Besmen 1 sebuah bangunan NTU. - Foto PEMBACA LIANHE WANBAO

SEORANG lelaki berusia 21 tahun ditangkap semalam (7 Mac) selepas satu kamera tersembunyi ditemui dalam sebuah tandas di Universiti Teknologi Nanyang (NTU) awal bulan ini.

Menerusi satu kenyataan hari ini, polis berkata lelaki itu ditangkap kerana disyaki terlibat dalam kes yang disifatkan sebagai gangguan awam itu.

Seorang wanita berusia 58 tahun telah membuat laporan polis pada 1 Mac lalu apabila beliau ternampak kamera tersembunyi itu dalam tandas orang kurang upaya di besmen satu bangunan Ilmu Kemanusiaan dan Sains Sosial universiti tersebut, menurut akhbar The Straits Times.

Kamera itu disembunyikan dalam cangkuk plastik yang dipasang di bahagian pintu menghadap jamban.

Pegawai daripada Divisyen Polis Jurong menjalankan siasatan meluas sebelum menentukan identiti lelaki itu, menurut polis.

Siasatan awal mendedahkan bahawa lelaki itu juga terlibat dalam kes lain yang serupa.

Jika didapati bersalah terhadap tuduhan gangguan awam, dia boleh didenda sehingga $1,000.

Jika didapati bersalah mencabul kehormatan wanita pula, dia boleh dipenjara sehingga setahun dan didenda.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg