Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki Cina ukir batu nisan kuburan Islam

Nov 11, 2024 | 5:43 PM
Encik Terry Ong mengukir batu nisan untuk perkuburan Islam sejak 2016 lagi.
Encik Terry Ong mengukir batu nisan untuk perkuburan Islam sejak 2016 lagi. - Foto oleh TNP

Encik Terry Ong ialah seorang mualaf Cina yang mengusahakan Dapur Kabur, satu daripada dua syarikat pengukir batu nisan untuk masyarakat beragama Islam di Singapura.

Lelaki berusia 46 tahun itu memulakan perniagaannya itu pada 2016.

Encik Ong bermula sebagai pengarah untuk hal pengebumian masyarakat Muslim, dan walaupun beliau tidak pasti bila sebenarnya beliau menceburi kerjaya mengukir batu nisan, beliau amat berbangga dan mengambil berat dalam hasil dan pertukangan kerjanya.

Walaupun merupakan seorang yang berketurunan Cina, beliau tidak menghadapi banyak kesukaran sewaktu bermula, malah dapat mengembangkan gaya ukirannya sendiri.

Ia biasanya mengambil masa satu minggu untuk beliau dan pasukannya menyediakan batu nisan, walaupun terdapat situasi yang mungkin mengambil masa lebih lama disebabkan butiran pengesahan si mati atau permintaan tambahan daripada keluarga.

Encik Ong berpegang kepada cara tradisional membuat batu nisan, yang melibatkan ukiran, lukisan dan tatahan susunan marmar, granit dan seramik. Ukiran biasanya dilakukan dengan letupan kasar atau laser.

Dapur Kubur, nama syarikatnya, tidak mendapat banyak tempahan pada awalnya, tetapi kira-kira tiga tahun lalu tempahan mula meningkat.

Encik Ong kini menerima kira-kira 100 tempahan setiap bulan, dengan kemuncaknya biasanya sebelum Hari Raya. Kebanyakan pelanggannya adalah penduduk tempatan, tetapi beliau mempunyai rancangan untuk berkembang ke Malaysia.

Dapur Kubur bukan saja mengukir batu nisan Muslim, tetapi boleh melakukan monumen yang dibuat khas mengikut permintaan, serta pemeliharaan kubur yang lebih usang.

Apabila sebuah keluarga menyatakan hasrat untuk membuat tempahan dengan syarikatnya, Encik Ong perlu memohon permit dengan NEA sebelum persiapan boleh dimulakan, seperti menyiapkan batu nisan, plat nama, bahan dan cat.

Encik Ong berharap dapat meneruskan perniagaannya selama mungkin. “Insya’allah (Insya-Allah),” katanya kepada akhbar TNP.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg