Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki cuba seleweng Dana Bantuan Sementara Covid-19

Apr 12, 2020 | 9:23 PM
HADAPI SIASATAN: Seorang pengguna Internet telah membuat beberapa dakwaan menerusi catatan yang dimuatnaik secara dalam talian, mendakwa dia mampu mendapat bantuan TRF tanpa memerlukan sebarang dokumen dan sistem itu "sangat mudah ditipu". 
HADAPI SIASATAN: Seorang pengguna Internet telah membuat beberapa dakwaan menerusi catatan yang dimuatnaik secara dalam talian, mendakwa dia mampu mendapat bantuan TRF tanpa memerlukan sebarang dokumen dan sistem itu "sangat mudah ditipu".  - INTERNET

POLIS dan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) telah dimaklumkan tentang kemungkinan berlakunya satu kes penyelewengan terhadap Dana Bantuan Sementara Covid-19 (TRF).

Seorang pengguna Internet telah membuat beberapa dakwaan menerusi catatan yang dimuatnaik secara dalam talian, mendakwa dia mampu mendapat bantuan TRF tanpa memerlukan sebarang dokumen dan sistem itu "sangat mudah ditipu".

Polis telah mengenalpasti seorang lelaki berusia 41 tahun di sebalik catatan itu dan siasatan sedang dijalankan.

Polis juga tahu adanya iklan di media sosial yang dikatakan menjual surat gaji palsu bagi tujuan menipu TRF.

"MSF dan Polis memandang berat kes ini dan tidak teragak-agak mengambil tindakan ke atas sesiapa sahaja yang menyeleweng dan atau memudahkan penyelewengan TRF. Orang ramai diberi amaran bahawa iklan sebegini adalah penipuan dan dinasihatkan untuk tidak memberi respons terhadapnya," menurut kenyataan bersama polis dan MSF itu.

Penyelewengan ke atas TRF adalah satu kesalahan menipu dan boleh dirujuk kepada pihak polis bagi siasatan. Kesalahan menipu membawa hukuman penjara tidak lebih 3 tahun, dan denda.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg