SEORANG lelaki naik berahi apabila anak perempuanya yang kurang cerdas memberitahunya beliau tertarik secara fizikal pada ahli band boy Korea.
Dia kemudian menunjukkan video lucah kepada anak perempuannya yang berumur 24 tahun itu dan menyuruh beliau melakukan aksi seksual pada dirinya.
Semalam, bapa berusia 60 tahun itu mengaku bersalah bgi dua tuduhan sumbang mahram. Dua lagi tuduhan serupa diambil kira, lapor The Straits Times.
Nama lelaki itu dan anak perempuannya, yang kini berusia 28 tahun, tidak boleh disiar atas perintah mahkamah bagi melindungi identiti mereka.
Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Yvonne Poon berkata mangsa dilahirkan di luar nikah dan dibesarkan oleh nenek sebelah ibunya.
Ibu bapa kandung mangsa berkahwin pada 2002, dan beliau bertemu bapanya buat kali pertama ketika beliau berumur 14 tahun.
Antara 2008 dan 2014, mangsa bertemu bapanya kira-kira dua tahun sekali. Beliau berpindah ke rumah ibu bapanya ketika berusia 19 tahun.
Pada sekitar Tahun Baru Cina 2019, tertuduh menunjukkan kemaluannya kepada anak perempuannya itu dan menyuruh beliau mengurutnya.
"Dia melakukan itu dengan alasan hendak mendidiknya secara seksual supaya beliau tidak dihamilkan oleh lelaki lain," kata Cik Poon.
Mangsa melakukan apakah yang diarahkan itu.
Menyusuli kejadian itu, mangsa melakukan aksi seksual pada bapanya sekurang-kurangnya empat kali. Kebanyakan kejadian itu bermula dengan si bapa memarahi ananya itu kerana perkara yang tiada kaitan.
Beliau kemudian melakukan perbuatan seksual pada bapanya untuk meminta maaf dan dengan harapan dapat meredakan kemarahannya.
Kejadian berkaitan band boy Korea itu berlaku pada Mac atau April 2019. Semasa menunjukkan video lucah pada anaknya, lelaki itu memberitahunya begitulah cara orang melakukan seks.
Perbuatannya terbongkar apabila mangsa memberitahu pegawai latihannya di sebuah badan tempat beliau menjadi sukarelawan.
Mangsa kemudiannya dinilai oleh doktor di Institut Kesihatan Mental (IMH), yang menyatakan dalam laporannya bahawa mangsa faham tindakan bapanya adalah tidak betul.
Bagaimanapun, beliau sukar melindungi dirinya disebabkan kurang keupayaan menyelesaikan masalah dan kebergantungannya pada ibu bapanya dek keadaannya yang kurang cerdas.
Meminta anak guamnya dikenakan hukuman penjara tiga tahun, peguam bela Joshua Tong berkata tertuduh kesal akan perbuatannya.
Dalam responsnya, Cik Poon menyatakan mereka mempunyai hubungan bapa dan anak normal hingga tertuduh mencemarkan hubungan itu dengan menunjukkan bahan lucah dan kemaluannya kepada kepada anaknya untuk "tujuan pendidikan".
Ada unsur dandanan dan seksualiti yang tidak akan wujud dalam hubungan itu jika si bapa tidak bertindak demikian, tambah DPP Poon. Beliau meminta si bapa dihukum penjara tujuh hingga lapan tahun.
Hakim Besar Daerah Toh Han Li berkata beliau perlu masa untuk menimbangkan keputusannya dan menangguhkan hukuman ke 23 Disember.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg