Lelaki dalam video semuka dengan wanita di Taman Pasir Ris bukan pegawai polis

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki dalam video semuka dengan wanita di Taman Pasir Ris bukan pegawai polis

Jun 22, 2018 | 1:45 PM

Lelaki dalam video semuka dengan wanita di Taman Pasir Ris bukan pegawai polis

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
BUKAN PEGAWAI POLIS: Dalam video itu, lelaki berusia 20 tahun ini mendakwa bahawa dirinya pegawai polis beberapa kali.
BUKAN PEGAWAI POLIS: Dalam video itu, lelaki berusia 20 tahun ini mendakwa bahawa dirinya pegawai polis beberapa kali. - Foto FACEBOOK/RILEK1CORNER

SEORANG lelaki berusia 20 tahun yang mendakwa dirinya adalah pegawai polis semasa bersemuka dengan sekumpulan wanita di Taman Pasir Ris semasa hujung minggu panjang sempena Hari Raya Aidilfitri bukan daripada Pasukan Polis Singapura (SPF).

Menurut akhbar The Straits Times, polis menjelaskan demikian hari ini (22 Jun) menerusi satu kenyataan berhubung satu video yang tular di media sosial.

Dalam video itu, lelaki berkenaan memarahi wanita itu dan mengatakan bahawa beliau boleh mengheret mereka ke penjara.

Beliau juga mengulangi beberapa kali bahawa beliau merupakan pegawai polis.

Menurut polis, lelaki dalam video itu bukan pegawai SPF.

Tambahnya, lelaki itu juga sedang membantu dengan siasatan.

Difahamkan, kejadian itu berlaku di ruang barbeku di Taman Pasir Ris Ahad lalu.

Polis turut mengingatkan orang ramai agar sentiasa berjaga-jaga dengan orang yang mungkin menyamar sebagai pegawai polis untuk melakukan jenayah.

Sesiapa yang didapati bersalah menyamar sebagai pegawai awam boleh dipenjara sehingga dua tahun dan didenda.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg