Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki dibawa ke hospital selepas kebakaran di flat Marsiling

Oct 5, 2022 | 5:30 AM
UNIT TERBAKAR: SCDF menerima panggilan pada 2.35 petang semalam berkenaan satu kebakaran yang berlaku di sebuah unit flat tingkat tiga di Blok 120, Marsiling Rise. - Foto PEMBACA ST
UNIT TERBAKAR: SCDF menerima panggilan pada 2.35 petang semalam berkenaan satu kebakaran yang berlaku di sebuah unit flat tingkat tiga di Blok 120, Marsiling Rise. - Foto PEMBACA ST -

SEORANG lelaki berusia 60-an tahun, dibawa ke hospital kerana terhidu asap selepas sebuah unit flat mengalami kebakaran di Blok 120,Marsiling Rise.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata ia menerima panggilan berkenaan kebakaran itu pada sekitar 2.35 petang semalam.

Sebentar kemudian, SCDF berkata anggota bomba memasuki flat tersebut secara memaksa dan memadamkan api dengan menggunakan dua jet air.

Menjawab pertanyaan The Straits Times (ST), SCDF berkata kebakaran itu melibatkan barang di ruang tamu unit perumahan itu.

Sekitar 80 orang daripada unit berdekatan dipindahkan sebagai langkah berjaga-jaga.

Siasatan sedang berterusan mengenai punca kebakaran itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg