Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki diberkas dalam kes rompakan bersenjata libat $22,000

Jul 10, 2021 | 5:30 AM
CUBA LARIKAN DIRI: (Gambar atas) Suspek dirakam oleh kamera polis setelah melakukan rompakan. - Foto SPF
CUBA LARIKAN DIRI: (Gambar atas) Suspek dirakam oleh kamera polis setelah melakukan rompakan. - Foto SPF -

SEORANG lelaki ditangkap pagi semalam kerana disyaki terlibat dalam satu rompakan bersenjata.

Warga Singapura berusia 30 tahun itu didakwa pergi ke premis peminjam wang berlesen di kawasan Bukit Batok Street 31 pada sekitar 7 malam Khamis lalu dan menunjukkan wanita yang bekerja di situ surat yang ditulis dengan tangan.

Dua surat yang dirampas polis mengatakan "ini satu rompakan", "jangan panik", "jangan pekik" dan menyuruh wanita itu meletakkan semua wang di dalam beg.

Lelaki itu dikatakan menunjukkan bahawa dia mempunyai pisau di dalam begnya.

Mangsa mengikut arahan lelaki itu dan memberinya wang tunai berjumlah $22,000.

Lelaki tersebut kemudian melarikan diri.

Namun dia berjaya ditangkap 11 jam kemudian di Lorong 8 Geylang.

Jika disabit kesalahan, dia boleh dipenjara sehingga 14 tahun dan dirotan sebanyak 24 kali.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg