Lelaki diberkas kerana jenayah rakam video bawah skirt di Stesen MRT Clementi; dipercayai terlibat dalam kes lain merata S'pura
Lelaki diberkas kerana jenayah rakam video bawah skirt di Stesen MRT Clementi; dipercayai terlibat dalam kes lain merata S'pura
SEORANG lelaki yang didakwa terlibat dalam beberapa kes rakaman video bawah skirt di stesen MRT merata Singapura telah ditangkap.
Akhbar The Straits Times melaporkan lelaki 38 tahun itu diberkas pada pagi Selasa (6 Julai) apabila dia kelihatan sedang mengambil video bawah skirt di tangga bergerak di Stesen MRT Clementi sekitar 7.20 pagi.
Pegawai dari Pasukan Perintah Keselamatan Pengangkutan Awam mengesannya melakukan perbuatan itu dan menahannya di kawasan berlegar di mana dia ditangkap.
Dalam satu kenyataan pada Rabu (7 Julai), polis berkata lelaki itu dipercayai terlibat dalam beberapa kes serupa yang sedang disiasat.
Mereka yang didapati bersalah melakukan jenayah mengintai/merakam video atau foto bawah skirt boleh dipenjara sehingga dua tahun, didenda dan disebat.

