Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki diberkas selepas treler langgar jejambat AYE

Jan 19, 2021 | 5:30 AM
KESESAKAN TRAFIK: Kemalangan di AYE di bahagian jalan raya menghala ke MCE pagi semalam menyebabkan kesesakan teruk yang berlarutan selama beberapa jam. - Foto BH oleh JOYCE FANG
KESESAKAN TRAFIK: Kemalangan di AYE di bahagian jalan raya menghala ke MCE pagi semalam menyebabkan kesesakan teruk yang berlarutan selama beberapa jam. - Foto BH oleh JOYCE FANG -

SEORANG lelaki berusia 45 tahun yang memandu lori treler diberkas setelah barangan di atas treler itu melanggar bahagian bawah jejambat di Ekspreswe Ayer Rajah (AYE) setinggi 4.5 meter semalam.

Polis berkata mereka telah mendapat laporan mengenai kemalangan itu sekitar 7.07 pagi semalam.

Menurut The Straits Times, tiada kecederaan dilaporkan.

Kemalangan yang berlaku di bahagian AYE menghala ke Ekspreswe Pantai Marina (MCE) selepas susur keluar ke Clementi Avenue 2 itu menyebabkan kesesakan teruk yang berlarutan selama beberapa jam.

Siasatan mengenai kejadian itu masih dijalankan.

Menurut LTA, kenderaan besar perlu membuat permohonan bagi mendapatkan permit pergerakan kenderaan besar (OVM).

Selain membuat permohonan untuk permit OVM, pemilik kenderaan yang mempunyai lebar keseluruhan (termasuk muatan) melebihi 3.4 meter, ketinggian keseluruhan (termasuk muatan) melebihi 4.5 meter dan berat keseluruhan 80,000 kilogram atau lebih harus mendapatkan khidmat polis untuk mengiringi kenderaan mereka di jalan raya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg