Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki diberkas susulan kemalangan di Bedok North Road

May 27, 2020 | 4:00 PM
KEMALANGAN JALAN RAYA: Dalam sebuah rakaman video sepanjang 43 saat, sebuah kereta merah dilihat melanggar bahagian pemandu sebuah lori.
KEMALANGAN JALAN RAYA: Dalam sebuah rakaman video sepanjang 43 saat, sebuah kereta merah dilihat melanggar bahagian pemandu sebuah lori. - - Foto: FACEBOOK/SGROADSACCIDENTCOM

SEORANG lelaki berusia 34 tahun ditangkap kerana memandu secara berbahaya dan disyaki melakukan kesalahan berkaitan dadah selepas berlaku kemalangan di Bedok North Road yang melibatkan tiga kereta dan sebuah lori pada Selasa malam (26 Mei).

Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dibawa ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK, sementara empat yang lain, tiga pemandu lelaki berusia 31 tahun, 55 tahun dan 69 tahun, serta seorang penumpang wanita, 31 tahun, sedar ketika mereka dibawa ke Hospital Besar Changi.

Polis berkata, mereka mendapat laporan mengenai kemalangan itu pada 8.53 malam - berlaku di Bedok North Road menuju Tampines Avenue 10.

Dalam video berdurasi 43 saat yang dimuat naik ke laman Facebook 'kemalangan jalan raya di Singapura' sebuah kereta berwarna merah dilihat melanggar lori di bahagian pemandu.

Kereta merah kemudian melepasi bendul tepi jalan dan melintas jalan sementara lori hilang kawalan dan merentas jalan sebelum melintasi halangan ke arah lalu lintas yang mendatang.

Polis hari ini menyatakan mereka sedang menyiasat kemalangan itu. - The Straits Times

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg