Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki diberkas ugut PM Lee di media sosial

Jul 10, 2022 | 5:30 AM
- Foto SPF
- Foto SPF -

SEORANG lelaki berusia 45 tahun telah diberkas kerana disyaki terlibat dalam hasutan keganasan terhadap Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, dengan komen media sosialnya.

Kelmarin, sekitar 3.10 petang, polis menerima laporan mengenai ancaman yang dibuat dalam bahagian komen laman Facebook CNA, menyusuli berita penembakan mantan Perdana Menteri Jepun, Encik Shinzo Abe.

Pegawai Divisyen Polis Central kemudian mengenal pasti identiti pengguna Facebook itu dan memberkasnya dalam masa lima jam setelah laporan dibuat kelmarin.

Sebuah komputer riba, tablet dan empat telefon bimbit dirampas (gambar). Siasatan masih dijalankan.

Sesiapa yang didapati bersalah membuat atau berkomunikasi menerusi rakaman elektronik yang mengandungi sebarang unsur hasutan untuk mencetus keganasan boleh dihukum penjara hingga lima tahun atau denda mahupun kededuanya sekali.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg