Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki didakwa berhubung kes jam mewah dicuri bernilai $1.6j

May 22, 2023 | 5:46 PM
KES JAM TANGAN MEWAH: Baer Koh Shi Rui dipercayai melesapkan beberapa utas jam tangan bernilai sekitar $892,000.
KES JAM TANGAN MEWAH: Baer Koh Shi Rui dipercayai melesapkan beberapa utas jam tangan bernilai sekitar $892,000. - Foto PASUKAN POLIS SINGAPURA

SEORANG lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes berhubung jam tangan mewah dicuri bernilai $1.6 juta, didakwa di sebuah mahkamah pada Isnin atas satu tuduhan pecah amanah jenayah.

Menurut dokumen mahkamah, Baer Koh Shi Rui, 26 tahun, sedang bertugas sebagai penolong penjualan di sebuah kedai barang mewah Luxehouze Singapore di pusat beli-belah Palais Renaissance di Orchard Road apabila dia dipercayai melesapkan beberapa utas jam tangan bernilai sekitar $892,000 antara September 2022 dengan Mei 2023.

Dokumen mahkamah tidak mendedahkan butiran mengenai baki jam tangan lain.

Polis berkata dalam satu kenyataan pada malam Ahad bahawa pegawai menerima panggilan mengenai satu kes pada Sabtu berkenaan seorang penolong penjualan kedai jam yang telah menerima bayaran besar dari mangsa yang ingin membeli jam tangan mewah.

Tanpa memberi perincian lanjut mengenai jumlah wang yang terbabit, seorang jurucakap polis berkata: “Selepas menerima bayaran itu, lelaki tersebut didakwa menyeleweng wang tersebut. Dia juga didakwa mencuri beberapa jam tangan mewah dari kedai itu dan menggadaikannya untuk mendapatkan wang.”

Polis kemudian berjaya mendapatkan kembali sebanyak 23 jam tangan berjumlah $900,000.

Koh kini direman di Divisyen Polis Central dan kesnya telah ditangguhkan ke 29 Mei.

Jika didapati bersalah melakukan pecah amanah jenayah, seorang pesalah boleh dijel hingga 15 tahun dan didenda.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg