Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki didakwa bunuh dalam kes kematian wanita di kondo Loyang

Oct 28, 2017 | 1:01 PM
Krishnan Raju didakwa di Mahkamah Negara menyebabkan kematian Cik Raithena Vaithena Samy, yang dipercayai adalah isterinya.
Krishnan Raju didakwa di Mahkamah Negara menyebabkan kematian Cik Raithena Vaithena Samy, yang dipercayai adalah isterinya. - Foto THE STRAITS TIMES

Seorang lelaki berusia 50 tahun didakwa pada pagi Sabtu (28 Okt) membunuh seorang wanita berusia 44 tahun di sebuah kondominium di Jalan Loyang Besar. Krishnan Raju didakwa di Mahkamah Negara menyebabkan kematian Raithena Vaithena Samy, dipercayai isterinya, pada Khamis (26 Okt) antara 9 malam dan 10.48 malam. Menurut rekod Pihak Berkuasa Perakaunan dan Korporat, Krishnan memiliki sebuah syarikat pengangkutan. Dia ditangkap di Pusat Pemeriksaan Woodlands kira-kira 10 jam selepas kejadian itu. Dia difahamkan telah memasuki Malaysia melalui Koswe sebelum kembali ke Singapura dan menyerahkan diri, menurut satu laporan dalam talian The Straits Times. Mangsa, yang dikatakan ditemui di bilik tidur unit dengan pisau di sisinya, mengalami pelbagai kecederaan tikaman, termasuk satu di dada. Krishnan ditahan di Polis Divisyen Central, dengan izin dibawa keluar untuk siasatan, dan akan kembali ke mahkamah pada Jumaat (3 Nov) pada 9 pagi.

Sekiranya disabitkan dengan pembunuhan, dia menghadapi hukuman mati.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg