Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki didakwa atas cubaan bunuh wanita di Kallang Wave Mall

Jul 15, 2025 | 6:20 PM
Kallang Wave Mall, bunuh
Chua Jing Yuan, 26 tahun, didakwa menyerang Cik Choong Wen Ting, 29 tahun, dengan pisau pada 14 Julai sekitar 1.20 pagi, di laluan pejalan kaki dalam Kallang Wave Mall. - Foto fail

Seorang lelaki yang dipercayai menyerang seorang wanita dengan pisau di Kallang Wave Mall telah didakwa atas kesalahan cubaan membunuh.

Chua Jing Yuan, 26 tahun, didakwa di Mahkamah Daerah pada 15 Julai.

Warga Singapura itu didakwa melakukan serangan tersebut pada 14 Julai sekitar 1.20 pagi, di laluan pejalan kaki dalam pusat beli-belah berkenaan.

Menurut kertas pertuduhan, Chua dipercayai telah mengelar leher Cik Choong Wen Ting, 29 tahun, dengan pisau dan menikam dada mangsa dengan niat untuk membunuhnya.

The Straits Times (ST) difahamkan bahawa Chua dan Cik Choong tidak saling mengenali.

Dokumen mahkamah juga tidak menyatakan sebab Chua melakukan tindakan tersebut kepada Cik Choong.

Polis memaklumkan pada 14 Julai bahawa senjata yang digunakan Chua telah dilucutkan dan dia telah ditahan oleh orang awam, sebelum ditangkap polis.

Polis menambah bahawa mereka akan memohon perintah mahkamah untuk menahan reman Chua bagi penilaian psikiatri.

Cik Choong telah dibawa ke hospital dan keadaannya kini stabil.

ST difahamkan bahawa Chua turut mengalami kecederaan semasa kejadian. 

Dia didakwa di hospital dalam prosiding yang tidak dibuka kepada media.

Jika disabitkan kesalahan cubaan membunuh, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup, atau sehingga 20 tahun penjara berserta denda dan rotan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg