Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki didakwa curi 80 kali

Mar 24, 2023 | 5:30 AM
206bc8f2-02d0-4799-a550-e76d9f1b16ac
-

SEORANG lelaki telah didakwa di mahkamah pada Khamis selepas dia mencuri di kedai stesen minyak Shell, lebih 80 kali antara Julai dan Oktober 2022.

Albert Pang Tze Kaan, 51 tahun, yang dituduh mencuri barangan seperti surat khabar, majalah dan gula-gula dari cawangan Havelock Road, menghadapi lima tuduhan mencuri.

Dokumen mahkamah tidak mendedahkan jumlah nilai barangan yang terlibat dalam kes-kes tersebut.

Pihak polis berkata dalam satu kenyataan pada petang Rabu bahawa pegawai-pegawai mereka sebelum ini telah menerima pelbagai laporan mengenai bungkusan yang dicuri dan surat khabar yang telah diletakkan di luar rumah di kawasan Tiong Bahru.

Menerusi siasatan susulan, pegawai dari Divisyen Polis Central berjaya menjejaki Pang dan memberkasnya pada Selasa lalu. Siasatan sedang dijalankan.

Dokumen-dokumen mahkamah tidak menyebut kes-kes kecurian yang didakwa dilakukan.

Pang ditahan reman di divisyen itu dan kesnya telah ditangguhkan ke 30 Mac.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg